Friday, 15 November 2019

Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).  

      Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. 
      Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. 

      Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. 

      Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.  

      Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.  

      Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

 Secara Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )

Panduan pertolongan cemas



APA ITU PERTOLONGAN CEMAS:
Pertolongan cemas adalah pertolongan awal yang diberikan kepada orang-orang yang cedera atau di dalam kesakitan sebelum seseorang pesakit itu mendapat rawatan lebih lanjut atau dirawat oleh doctor atau dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1.      Menyelamatkan nyawa.
2.      Menahan dan mengelakkan kesakitan.
3.      Membantu pesakit untuk pulih segera dari kecederaannya.




SIFAT YANG PERLU DALAM MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS
1.      Tajam perhatian- Nampak segala tanda-tanda dan alamat kecederaan.
2.      Pantas ikhtiar- menggunakan sebaik-baik akan apa saja yang terdapat di sekeliling.
3.      Tidak kasar- jangan menyakiti orang yang cedera atau sakit.
4.      Berakhlak budi- jangan menambah kesakitan kepada pesakit.
5.      Bertimbang rasa- menghiburkan hati orang yang cedera.
6.      Sentiasa senyu- muka yang selalu senyum member keyakinan kepada pesakit.

PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS
1.      Laporkan kepada doktor atau hospital dan polis jika perlu.
2.      Tentukan bagaimana pesakit itu diangkat dan dibawa.
3.      Tentukan ke mana pesakit itu akan dibawa.
4.      Ikhtiar cara atau jalan bagi membawa pesakit.
5.      Buatkan satu penyata ringkas untuk doctor atau hospital semasa menyerahkan pesakit.
6.  Tunggu pesakit itu setelah diserahkan kepada doctor (jika perlu beritahu doktor atau polis)

PETUA-PETUA AM
1.      Buat pertolongan apa yang kamu tahu.
2.      Panggil doctor dan beritahu dengan tenang apa yang berlaku.
3.      Sentiasa tenang dan gunakan perkataan yang dapat menghiburkan hati pesakit.
4.      Tahan darah jika keluar.
5.      Pulihkan pernafasannya jika nafasnya berhenti.
6.      Beri pesakit rehat.
7.      Panaskan badan pesakit.
8.      Beri layanan khas yang dikehendaki terlebih dahulu.
9.      Jangan gopoh dan sentiasa bersabar.

Ikatan dan simpulan asas pengakap


Contoh borang pendaftaran ahli dewasa


Anda boleh mendaftar melalui pautan dibawah:

Pemimpin/ Pesuruhjaya/
 

Skim Latihan Pengakap Perdana

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut:

1. Memahami dan menerima Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
2. Dapat menerangkan tujuan pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana
3. Mengetahui sejarah pergerakan Pengakap di malaysia dan pergerakan Pengakap Antarabangsa
4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima ENAM (6) jam
5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut: Simpulan dan ikatan :- Buku Sila, Bunga Geti, Simpul Manuk, Tindih Kasih,Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Biasa, Ikatan Seraya dan Ikatan Serong

Buku Skim Latihan Pengakap Kelana

Sejarah Pengakap


Tabik/Hormat Pengakap


Asas kawad kaki


                                                                      SEDIA



SENANG DIRI



REHATKAN DIRI



PUSING KE KANAN




PUSING KE KIRI




HADAPAN LURUS


KEKANAN LURUS





PUSING KE BELAKANG






Lagu Pengakap

PENGAKAP MALAYSIA  

*intro  

Kami Pengakap Malaysia 
 Harapan nusa dan bangsa  
Berikrar setia  
Pada pertiwi tercinta 
Melatih generasi muda  
Menjadi insan yang berguna  
Persetiaan Pengakap  Teras dipegang bersama 
Menolong orang setiap masa  
Menabur bakti di mana sahaja  Demi Tuhan, Raja dan Negara  
Berbudi bersaudara 
 Taat menurut perintah  
Kami bangga junjung cita -cita  Pengakap Malaysia 
 Kami bangga junjung cita -cita  
Pengakap, pengakap Malaysia 

 *rest  
*ulang  

*end 

Tujuan penubuhan

Tujuan Penubuhan


 1. TUJUAN PENUBUHAN
      
PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA MALAYSIA (SELEPAS INI DISEBUT “PPRM”) ditubuhkan 
dengan tujuan:

    1.1 Memelihara serta menyemarakkan Semangat Pengakap di kalangan Pengakap Raja dan 
          Pengakap di semua Peringkat;

    1.2 Meninggikan taraf pencapaian Pengakap di semua peringkat dari segi pengetahuan, 
         kemahiran dan perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya upaya yang telah 
        diperolehi melalui Pengakapan; 

    1.3 Menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara di dalam sebarang bidang 
          yang terdaya sesuai dengan prinsip dan dasar Pengakapan; 

    1.4 Membantu Persekutuan Pengakap Malaysia (selepas ini disebut "PPM") peringkat 
          Daerah/Negeri/Negara di dalam menjalankan pentadbiran dan aktiviti; 

    1.5 Mengurus dan menjalankan Kumpulan Terbuka; dan 

    1.6 Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan objektif penubuhan PPM.

Persetiaan dan undang-undang Pengakap

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya 
saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.


UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Visi dan Misi Persekutuan Pengakap di Malaysia

Visi:

Menjelang tahun 2025 Persekutuan Pengakap Malaysia akan dilihat sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun Warganegara yang berguna.

Misi: 

Memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.